Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

133 perkhidmatan berkenaan yakin dasar yang dilaksanakan dapat meningkatkan prestasi dan mengembangkan kerjaya pegawai. 5.35 Skor bagi tema Gaji menunjukkan peningkatan signifikan untuk semua gred antara 20.5% hingga 22.5% berbanding tahun 2015 kecuali pegawai bagi Gred 45/46 yang hanya meningkat sebanyak 4.8%. Penelitian lanjut mengenai aspek gaji dan ganjaran boleh dilakukan bagi memastikan pegawai awam Kumpulan Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional dalam Gred 45/46 mendapat perhatian sewajarnya. Sementara itu, tema Transformasi menunjukkan penurunan skor antara 0.1% hingga 4.6% kecuali Gred 41/42 dan 53/54, masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak 0.7% dan 0.1%. Pegawai di Gred 41/42, 43/44 dan 45/46 mencatatkan penurunan skor antara 5.0% hingga 12.6% bagi tema Mengambil Tindakan. Manakala pegawai di Gred 47 dan ke atas mencatatkan peningkatan antara 0.9% hingga 3.5% berbanding tahun 2015. 5.36 Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, secara amnya gred 46 dan ke bawah perlu di beri perhatian memandangkan skor yang dicatat bagi kebanyakan tema menduduki tempat tiga terbawah berbanding gred 47 dan ke atas. Pencapaian dan perbandingan skor mengikut gred dan kluster pada tahun 2018 dan 2015 adalah seperti di Jadual 5.3.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy