Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

132 tema berbanding tahun 2015 di bawah kluster Kepimpinan. Julat peningkatan adalah di antara 1.0% hingga 10.7% kecuali bagi Gred 45/46. Tema Hala Tuju menunjukkan peningkatan yang signifikan dengan julat antara 7.6% hingga 10.7% berbanding tema Kepimpinan (dengan julat antara 6.0% hingga 9.1%) dan tema Ketua Saya (dengan julat 1.0% hingga 4.6%). Manakala, pegawai dalam Gred 45/46 merekodkan penurunan julat antara 5.5% hingga 9.1% berbanding tahun 2015 merentasi ketiga-tiga tema. Ini menunjukkan pegawai Gred 45/46 kurang berpuas hati dengan kepimpinan di dalam organisasi mereka. 5.32 Catatan skor bagi tema Budaya Organisasi dalam kluster Persekitaran Kerja menunjukkan penurunan antara 0.8% hingga 9.4% bagi kesemua gred berbanding tahun 2015. Dapatan ini boleh diandaikan pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional kurang diberi kepercayaan dan sokongan oleh pegawai atasan dalam melaksanakan tugas. Sementara itu, tema Pasukan Saya dan tema Keterangkuman, masing-masing menunjukkan peningkatan antara 0.9% hingga 2.6% dan 4.4% hingga 9.1% kecuali pegawai di bawah Gred 45/46. 5.33 Catatan skor bagi tema Pekerjaan Saya dalam kluster Pembangunan Kerjaya menunjukkan penurunan antara 4.2% hingga 15.3% bagi kesemua gred berbanding tahun 2015. Dapatan ini boleh diandaikan pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional kurang berpuas hati dengan pekerjaan dan merasakan tidak diberi peluang dalam membuat keputusan. Sementara itu, tema Sumber Beban Kerja menunjukkan peningkatan antara 4.8% hingga 8.3% kecuali pegawai di bawah Gred 45/46. 5.34 Namun begitu, berdasarkan analisis daripada Jadual 5.3, menunjukkan bahawa dasar latihan dan pembangunan yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan diterima baik oleh pegawai awam. Semua gred mencatatkan peningkatan yang signifikan di bawah tema Pembelajaran antara 10.0% hingga 19.0%. Ini boleh ditafsirkan bahawa pegawai awam dalam kumpulan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy