Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

131 Peningkatan Skor Terendah Bagi Kumpulan Pengurusan Dan Profesional 5.28 Berdasarkan dapatan kajian mengikut kluster di Bab 4, Kumpulan Pengurusan dan Profesional mencatatkan skor positif kedua tertinggi selepas Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Namun begitu, Kumpulan Pengurusan dan Profesional mencatatkan peningkatan skor positif yang terendah untuk setiap kluster berbanding Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pelaksana. Dapatan kajian menunjukkan tema Budaya Organisasi dan Pekerjaan Saya merekodkan penurunan bagi setiap gred berbanding tahun 2015. Responden dari Gred 45/46 mencatatkan penurunan tertinggi bagi kedua-dua tema tersebut yang masing-masing mencatatkan penurunan sebanyak 9.4% dan 15.3%. 5.29 Sementara itu, tema Pembelajaran dan tema Gaji menunjukkan peningkatan skor positif bagi setiap gred berbanding tahun 2015. Bagi tema Pembelajaran skor tertinggi dicatatkan oleh Gred 51/52 dengan peningkatan nilai skor positif sebanyak 19.0%. Dalam pada itu, Gred 53/54 mencatatkan peningkatan nilai skor positif tertinggi bagi tema Gaji berbanding gred-gred lain. 5.30 Analisis pencapaian dan perbandingan skor mengikut gred bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional tahun 2018 seperti yang dipaparkan pada Jadual 5.3 menunjukkan bahawa Gred 45/46 mencatatkan penurunan bagi setiap tema kecuali tema Pembelajaran dan tema Gaji. Penurunan tertinggi dicatatkan bagi tema Pekerjaan Saya diikuti dengan tema Mengambil Tindakan. Untuk itu disarankan agar perhatian yang lebih diberi kepada Gred 45/46 berkenaan dengan: a) pengalaman kerja seharian pegawai dari aspek cabaran dan mendapat kepuasan peribadi terhadap pekerjaan; dan b) persepsi pegawai mengenai tindakan yang diambil oleh pegawai atasan terhadap sesuatu keputusan. 5.31 Berdasarkan analisis kluster Kepimpinan bagi semua gred di bawah Kumpulan Pengurusan dan Profesional, direkodkan peningkatan skor bagi ketiga-tiga

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy