Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

129 Kementerian Di Bawah Tahap Nilai IKPA Dua Tahun Berturut-Turut 5.23 Jadual 5.2 menunjukkan sembilan kementerian yang merekodkan nilai IKPA di bawah nilai IKPA Perkhidmatan Awam Persekutuan untuk dua tahun penilaian. Diperhatikan bahawa lapan kementerian mencatatkan peningkatan nilai IKPA bagi tahun 2018. Walaupun MOSTI, KeTTHA dan MPIC menunjukkan peningkatan antara 1.7% hingga 2.5%, namun peratusan nilai IKPA yang dicapai masih di bawah IKPA 2015. Kementerian-kementerian tersebut perlu mempertingkatkan usaha penambahbaikan yang lebih berkesan pada tahun hadapan bagi memastikan sasaran untuk mencapai nilai IKPA sebanyak 75% pada tahun 2020 terhasil. 5.24 Dalam pada itu, MOT pula mencatatkan penurunan di bawah nilai IKPA bagi tempoh dua tahun penilaian. Pada tahun 2018, dicatatkan penurunan 1.5% berbanding tahun 2015. Kadar penurunan berkenaan akan menjejaskan kemampuan kementerian untuk mencapai sasaran IKPA 2020. 5.25 Kajian juga menunjukkan semua atribut mencatatkan penurunan dengan julat antara 1.8% hingga 4.2%. Daripada empat agensi/jabatan di bawah MOT, Ibu Pejabat dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) menunjukkan penurunan. Nilai IKPA bagi Ibu Pejabat menurun dari 66.4% pada tahun 2015 kepada 63.6% pada tahun 2018. Sementara itu, JKJR merekodkan penurunan sebanyak 2.1% daripada 68.6% kepada 66.5%. 5.26 Ibu Pejabat MOT dalam ulasannya memaklumkan bahawa antara sebab penurunan adalah beban kerja yang tidak seimbang antara pegawai dan peruntukan latihan yang terhad bagi tujuan kemajuan kerjaya. Untuk itu, pihak MOT perlu melipat gandakan usaha untuk memperbaiki keadaan tersebut bagi memastikan IKPA 2020 mencapai sasaran yang telah ditetapkan. 5.27 Penurunan tahap keterlibatan di kalangan pegawai dan kakitangan JKJR mungkin disebabkan oleh kekangan kewangan jabatan untuk menganjurkan program, pertukaran pegawai yang kerap khususnya di peringkat pengurusan tertinggi sehingga menyebabkan hala tuju Jabatan sentiasa berubah. Warga

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy