Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

127 5.21 Analisis nilai IKPA bagi kumpulan perkhidmatan menunjukkan trend penurunan yang konsisten bagi Kumpulan Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana berbanding tahun 2015. Nilai skor IKPA 2018 menunjukkan penurunan 1.5% bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional, manakala penurunan sebanyak 2.5% bagi Kumpulan Pelaksana. Penjelasan terperinci adalah seperti di Rajah 5.8 . Rajah 5.8: Perbandingan Nilai IKPA KPDNKK Mengikut Kumpulan Perkhidmatan Bagi Tahun 2018 Dan 2015 5.22. Analisis mengikut generasi juga menunjukkan penurunan bagi dua generasi berbanding tahun 2015 seperti di Rajah 5.9. Bagi Generasi Baby Boomers , nilai IKPA KPDNKK menurun daripada 76.9% kepada 74.5%. Penurunan sebanyak 5.2% juga dicatat bagi Generasi X. Namun begitu, Generasi Y menunjukkan peningkatan kepada 68.8% pada tahun 2018 berbanding 66.8% pada tahun 2015. Di samping itu, nilai IKPA bagi Generasi X dan Generasi Y masih di bawah nilai IKPA 2018.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy