Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

123 Tumpuan Khusus Kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 5.16 Pada tahun 2015, IKPA KPWKM mencatatkan nilai terendah (38.7%) berbanding 24 kementerian yang dinilai. Pencapaian ini disebabkan oleh nilai rendah IKPA JKM (34.7%) yang meliputi sebanyak 87% daripada keseluruhan responden KPWKM. 5.17 Walau bagaimanapun, bagi kajian tahun 2018, nilai IKPA KPWKM melonjak kepada 69.8%, peningkatan sebanyak 31.1% berbanding tahun 2015. Peningkatan ini merupakan peningkatan terbesar berbanding kementerian lain dengan julat antara 0.3% hingga 4.9%. Sumbangan terbesar juga daripada IKPA JKM dengan nilai 70.1%, peningkatan sebanyak 35.4%. Dapatan ini menggambarkan terdapat perubahan signifikan telah dilaksanakan di JKM sehingga mencatatkan perubahan nilai yang besar. Maklum balas yang diterima daripada JKM turut memperakukan bahawa perubahan kepimpinan jabatan memberi impak yang positif kepada sistem kerja dan budaya kerja warga. Butiran terperinci pencapaian IKPA dan skor atribut dan tema bagi JKM adalah seperti di Rajah 5.6 .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy