Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

5 1.9 Dent, Holton dan Rabbetts (2010) dan Thomas (2009) mengesahkan bahawa kajian sejak 30 tahun dahulu menyatakan motivasi sebagai faktor kukuh yang memiliki perkaitan dengan tahap keterlibatan dan ia masih relevan hingga kini. Maslow (1943), melalui “A Theory of Human Motivation”, menyatakan keperluan manusia terdiri daripada lima peringkat iaitu keperluan fisiologi, keselamatan, kekitaan, penghormatan dan penghargaan kendiri. Manusia akan lebih bermotivasi dan lebih kreatif jika kehadiran dan keberadaannya diterima oleh masyarakat. 1.10 Graham (2014) yang turut mengkaji secara mendalam mengenai tahap keterlibatan, mendapati satu faktor kukuh yang sering berulang bagi menjelaskan keterlibatan ialah atribut keterikatan pegawai terhadap organisasinya. Walau bagaimanapun, kajian IKPA 2015 menunjukkan atribut Motivasi dan Keterikatan mencatatkan skor positif terendah iaitu 70.7% dan 69.1%. 1.11 Markos dan Sridevi (2010) menegaskan tidak wujud satu definisi unggul atau satu set soalan yang standard untuk menerangkan elemen keterlibatan ini. Keterlibatan pekerja ialah suatu pendekatan di tempat kerja yang direka bentuk untuk memastikan pekerja komited terhadap pekerja yang diamanahkan bagi mencapai matlamat dan nilai-nilai organisasi, mempunyai motivasi untuk menyumbang kepada kejayaan organisasi dan pada masa yang sama memiliki kesejahteraan diri. 1.12 Bagi pengukuran IKPA 2018 dalam Perkhidmatan Awam Malaysia, JPA masih menggunakan pendekatan dan instrumen kajian yang sama dengan IKPA 2015. Keterlibatan yang diukur adalah berdasarkan gabungan lima atribut: Kebanggaan, Perakuan, Inspirasi, Motivasi dan Keterikatan seperti di Rajah 1.1 .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy