Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

120 Membudayakan Penghargaan Dan Pengiktirafan 5.12 Satu lagi aspek yang jelas menonjol dalam analisis kajian ini ialah aspek penghargaan dan pengiktirafan yang diberikan kepada pegawai baik dalam bentuk kewangan mahupun bukan kewangan. Suatu organisasi yang mantap akan memperkasakan pegawai mereka dengan memberi pengiktirafan, menghargai sumbangan pegawai serta menerima pakai idea dan pendapat mereka. 5.13 Jadual 5.1 di bawah, menunjukkan skor bagi beberapa tema mengikut gred dan generasi antara tahun 2018 dan 2015. Dapatan menunjukkan selama dua tahun berturut-turut tema Gaji dan tema Pembelajaran dan Pembangunan mencatatkan skor terendah berbanding tema-tema lain. Walau bagaimanapun skor bagi tahun 2018 adalah lebih baik berbanding kajian tahun terdahulu. Gred 17-40 mencatatkan skor terendah (56.5%) diikuti oleh Gred 41-54 (61.3%), Gred 1-16 (65.2%) dan KPT (80.7%). Bagi pencapaian mengikut generasi, Generasi Y mencatatkan nilai terendah (54.3%) diikuti dengan Generasi X (60.5%) dan Generasi Baby Boomers (72.2%). Ini boleh ditafsirkan penghargaan dalam konteks gaji kepada ketiga-tiga kumpulan ini perlu dilihat semula bagi mengurangkan jurang dengan KPT. Diperhatikan juga bahawa dapatan menunjukkan terdapat hubung kait antara Generasi X dan Y dengan Gred 1-54. 5.14 Dapatan bagi tema Pembelajaran tahun 2018 juga menunjukkan trend yang sama seperti dapatan tema Gaji. Oleh itu, kemudahan pembelajaran dan pembangunan perlu selari dengan keperluan pegawai dalam melaksanakan tugas dan sejajar dengan matlamat organisasi. Perincian mengenainya seperti di Jadual 5.1.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy