Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

118 Memperkukuhkan Kepimpinan Dan Pengurusan Perubahan Rajah 5.3: Perbezaan Skor Tema Kepimpinan Bagi Tahun 2018 Dan 2015 5.9 Tema Kepimpinan adalah untuk mengukur hubungan antara penjawat awam dengan pengurusan kanan dan keupayaan organisasi menguruskan perubahan dengan efektif. Berdasarkan Rajah 5.3 , nilai skor bagi tema Kepimpinan adalah 67.9% pada kajian 2015. Nilai tersebut telah meningkat kepada 71.2% pada IKPA 2018, peningkatan sebanyak 3.3%. Perkara ini boleh ditafsirkan bahawa keyakinan pegawai awam dengan tadbir urus organisasi serta penglibatan pegawai kanan dalam membuat keputusan meningkat. Memperkasakan Pegawai Dengan Menjajarkan Tugasan Mengikut Kompetensi Dan Kelayakan Pegawai 5.10 Berdasarkan pemerhatian menunjukkan seramai 81.4% pegawai ingin terus kekal berkhidmat di organisasi masing-masing. Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 3.6% berbanding tahun 2015. Ini boleh ditafsirkan pegawai selesa dengan suasana, sistem dan pentadbiran di tempat kerja sedia ada.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy