Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

117 Meningkatkan Motivasi Dan Keterikatan (Khususnya Di Kalangan Generasi Y Dan Kumpulan Pelaksana) Rajah 5.2: Perbandingan Skor IKPA Mengikut Generasi Y Dan Kumpulan Pelaksana 5.8 IKPA diukur berdasarkan lima atribut iaitu Kebanggaan, Perakuan, Inspirasi, Motivasi dan Keterikatan. Merujuk kepada Rajah 5.2 di atas, atribut Motivasi dan Keterikatan bagi Generasi Y menunjukkan peningkatan masing-masing sebanyak 4.4% dan 4.1% berbanding tahun 2015. Peningkatan turut dicatatkan bagi atribut Motivasi iaitu sebanyak 4.2% dan atribut Keterikatan sebanyak 3.6% untuk Kumpulan Pelaksana berbanding tahun 2015. Dapatan ini menunjukkan pelbagai program dan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh kementerian dan agensi sejak tahun 2015 terutama dalam aspek motivasi dan keterikatan telah mula menunjukkan kesan positif terhadap keterlibatan pegawai awam secara keseluruhan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy