Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

115 KEPENTINGAN PENGUKURAN IKPA 5.3 Pengukuran IKPA dalam Perkhidmatan Awam telah dikenalpasti sebagai satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi mengukur keberhasilan strategi dan program bidang fokus utama C dalam Bab 9, Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11). Sasaran yang telah ditetapkan adalah untuk meningkatkan IKPA daripada 69.8% pada tahun 2015 kepada 75.0% pada tahun 2020. Oleh itu, setiap kementerian dan jabatan wajar mengambil langkah-langkah efektif untuk meningkatkan IKPA di kementerian dan jabatan masing-masing dengan mengambil kira penemuan daripada analisis tema-tema yang telah dikenal pasti. 5.4 Kajian IKPA yang dilaksanakan secara siri masa (time-series) membolehkan dapatan daripada dua kajian iaitu 2015 dan 2018 memberikan satu indikator penting kepada kementerian dan jabatan tentang sejauh mana langkah- langkah yang diambil oleh pengurusan untuk meningkatkan keterlibatan di dalam sesuatu organisasi. Contohnya, dalam Rajah 5.1 , dipaparkan perbandingan IKPA bagi dua kementerian iaitu KPWKM dan KPDNKK bagi tahun 2015 dan 2018. Dapatan IKPA yang meningkat dan menurun secara signifikan oleh kedua-dua kementerian tersebut akan memberi gambaran yang jelas mengenai kejayaan penambahbaikan yang telah dilaksanakan oleh kementerian dan usaha yang perlu dipertingkatkan bagi mengatasi penurunan nilai IKPA. 5.5 Dapat diperhatikan bahawa nilai IKPA untuk KPWKM telah meningkat sebanyak 31.1% iaitu daripada 38.7% pada tahun 2015 kepada 69.8% pada tahun 2018. Manakala nilai IKPA KPDNKK mengalami penurunan sebanyak 2.0% iaitu 69.7% bagi tahun 2018 berbanding 71.7% pada tahun 2015. Pencapaian oleh kedua-dua kementerian ini memberi isyarat kepada pihak pengurusan untuk meneliti semula langkah-langkah yang lebih berkesan memandangkan nilai yang dicatat masih di bawah nilai IKPA 2018 untuk meningkatkan lagi keterlibatan pegawai dengan lebih berkesan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy