Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

114 PENGENALAN 5.1 Bab 5 memperjelaskan hala tuju kajian dan bagaimana penghasilan IKPA 2018 dapat memberi maklum balas mengenai organisasi masing-masing daripada perspektif warga jabatan. 5.2 Bab ini turut mengutarakan secara lebih terperinci beberapa perkara yang perlu dititikberatkan hasil daripada penemuan kajian ini. Pemerhatian susulan IKPA 2018 memerlukan pihak pengurusan di semua kementerian dan jabatan kerajaan mengambil langkah-langkah yang wajar untuk menanganinya, termasuklah perkembangan lima perkara yang diperhatikan semasa kajian IKPA 2015 yang lalu iaitu: 5.2.1 Meningkatkan Motivasi dan Keterikatan (khususnya di kalangan Generasi Y dan Kumpulan Pelaksana); 5.2.2 Memperkukuhkan Kepimpinan dan Pengurusan Perubahan; 5.2.3 Memperkasakan Pegawai Dengan Menjajarkan Tugasan mengikut Kompetensi dan Kelayakan Pegawai; 5.2.4 Membudayakan Penghargaan dan Pengiktirafan; dan 5.2.5 Tumpuan Khusus Kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. BAB 5 HALA TUJU DAN TINDAKAN SUSULAN

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy