Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

112 vii. Mengikut Orang Kurang Upaya (OKU) 4.87. Berdasarkan Rajah 4.45 , golongan OKU dalam Perkhidmatan Awam menunjukkan perubahan yang positif terhadap ketiga-tiga tema. Ini dibuktikan dengan peningkatan nilai skor positif dengan julat antara 2.1% hingga 5.7% berbanding tahun 2015. Skor tertinggi dicatatkan oleh tema Transformasi (70.6%) diikuti dengan tema Mengambil Tindakan (66.6%) dan tema Gaji (55.8%). 4.88. Secara keseluruhannya, tema Transformasi mencatatkan nilai skor positif tertinggi diikuti tema Mengambil Tindakan dan diakhiri dengan tema Gaji. Trend ini konsisten untuk tempoh penilaian dua tahun berturut-turut. Namun begitu, jika dibandingkan dengan pencapaian tahun 2015, tema Gaji menunjukkan peningkatan tertinggi (8.3%) diikuti oleh tema Transformasi (5.8%) dan tema Mengambil Tindakan (3.3%). Ini boleh diandaikan pegawai awam berpuas hati dengan dasar-dasar berkaitan gaji yang dilaksanakan oleh Kerajaan dan pihak pengurusan perlu serius untuk mengambil tindakan terhadap dapatan daripada kajian ini untuk menambah baik keberkesanan penyampaian perkhidmatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy