Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

4 KONSEP KETERLIBATAN PEGAWAI 1.8 Secara konsepnya, keterlibatan merupakan kombinasi sifat komitmen, kesungguhan dan pengabdian pekerja terhadap organisasinya. Faktor-faktor ini boleh berubah bergantung kepada persekitaran dalam organisasi, polisi semasa yang mampu mempengaruhi agenda organisasi dan komposisi pekerja dalam sesebuah organisasi. Purcell (2012) menyokong penerangan tersebut dengan menyatakan bahawa keterlibatan merupakan kombinasi sikap dan tingkah laku di mana sikap dikaitkan sebagai komitmen, manakala tingkah laku dikaitkan dengan kesanggupan melaksanakan tugas melebihi kebiasaan. Vance (2006) pula mendapati kebanggaan sebagai salah satu faktor yang kuat menerangkan indeks keterlibatan. Manakala Kaur et al. (2008) menambah bahawa perakuan dan inspirasi sebagai faktor indeks keterlibatan yang mampu meningkatkan produktiviti.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy