Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

109 v. Mengikut Kumpulan Perkhidmatan 4.84. Berdasarkan Rajah 4.43 , dapatan kajian tahun 2018 menunjukkan terdapat kenaikan nilai skor positif bagi ketiga-tiga tema berbanding tahun 2015 dengan julat antara 0.4% hingga 9.9%. Kajian juga menunjukkan Kumpulan Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional menunjukkan peningkatan nilai skor positif terendah bagi ketiga-tiga tema berbanding tahun 2015. 4.85. Bagi tema Gaji, peningkatan tertinggi didahului oleh Kumpulan Pengurusan Tertinggi (9.9%) diikuti oleh Kumpulan Pelaksana (9.2%) dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (7.1%). Namun begitu, Kumpulan Pelaksana kekal mencatatkan nilai skor positif terendah bagi kedua-dua tahun penilaian. Bagi tema Transformasi pula, peningkatan tertinggi dicatatkan oleh Kumpulan Pelaksana manakala Kumpulan Pengurusan dan Profesional mencatatkan nilai skor positif terendah. Pencapaian sama juga dicatatkan di bawah tema Mengambil Tindakan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy