Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

106 iii. Mengikut Lokasi Pegawai Bertugas 4.80. Negeri Kelantan menunjukkan nilai skor positif tertinggi bagi tema Gaji dengan nilai 67.8%. Wilayah Persekutuan Labuan pula menduduki tempat kedua dengan nilai skor 64.7% dan mencatatkan kenaikan tertinggi dengan nilai 18.0% berbanding tahun 2015. Manakala, Sabah dan pegawai yang bertugas di luar negara mencatatkan nilai terendah iaitu 52.9%. 4.81. Bagi tema Transformasi pula, negeri Kelantan sekali lagi mencatatkan nilai skor tertinggi (80.9%) diikuti oleh Perlis (79.2%) dan Terengganu (79.1%). Sementara itu, pegawai yang bertugas di luar negara mempunyai persepsi lebih positif berkaitan transformasi apabila mencatatkan peningkatan tertinggi sebanyak 18.7% berbanding tahun 2015. Manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan nilai skor positif terendah iaitu 68.3%. 4.82. Perlis mencatatkan nilai skor positif (74.8%) bagi tema Mengambil Tindakan diikuti oleh Kelantan (74.7%) dan Terengganu (73.4%). Sementara itu, pegawai yang bertugas di luar negara (61.0%), Wilayah Persekutuan Putrajaya (64.1%) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (64.7%) merupakan tiga lokasi yang mencatatkan nilai skor positif terendah. Prestasi pencapaian mengikut lokasi pegawai bertugas pada tahun 2018 dan perbandingan dengan tahun 2015 bagi Kluster Pembangunan Kerjaya adalah seperti di Rajah 4.41 .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy