Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

102 g. Analisis Mengikut Kumpulan i. Mengikut Kementerian 4.76. Dapatan kajian mengikut kementerian mendapati 17 kementerian menunjukkan peningkatan nilai skor positif berbanding tahun 2015. Peningkatan tertinggi bagi tema Gaji ialah KSM. Bagi tema Transformasi pula, diterajui oleh KLN manakala tema Mengambil Tindakan oleh KKR. Sementara itu hanya KPDNKK menunjukkan penurunan bagi ketiga-tiga tema. 4.77. Purata nilai skor tertinggi dicatatkan oleh tema Transformasi dengan nilai 73.2%. Manakala tema Gaji mencatatkan nilai skor positif terendah bagi kedua-dua tempoh penilaian dengan skor 59.2% tetapi menunjukkan peningkatan sebanyak 8.3% berbanding tahun 2015. Prestasi pencapaian kementerian pada tahun 2018 dan perbandingan dengan tahun 2015 bagi Kluster Pembangunan Kerjaya adalah seperti di Rajah 4.39 .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy