Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

3 kerja demi mencapai kejayaan organisasi selaras dengan misi dan visi organisasi mereka. e) Komitmen yang Tinggi : Markos dan Sridevi (2010) mendapati bahawa keterlibatan pekerja mempamerkan hubungan dua hala antara majikan dan pekerja, dan mempunyai pengaruh yang lebih kuat terhadap prestasi organisasi yang positif berbanding kepuasan kerja, komitmen pekerja dan kelakuan kewargaan organisasi. Pekerja yang berketerlibatan adalah beremosi terhadap organisasi dan sangat terikat dengan kerja mereka dengan semangat yang tinggi untuk kejayaan majikan mereka, melampaui ekspektasi kerja masing-masing. 1.6 Berdasarkan Talent Map (2017), persekitaran kerja tidak bergantung kepada susun atur ruang pejabat atau cubicle semata-mata, tetapi merujuk kepada suasana kerja yang kondusif yang boleh menyumbang kepada peningkatan keterlibatan pekerja. Suasana kerja yang kondusif yang dimaksudkan adalah sokongan daripada majikan dan teman sekerja juga dapat mempengaruhi keterlibatan pekerja. Selain itu, menurut MacLeod dan Clarke (2009), persekitaran pekerja yang kondusif dapat meningkatkan indeks keterlibatan pegawai yang secara langsung meningkatkan kesejahteraan pegawai dan prestasi organisasi. Behrens (2016) pula menyatakan, kajian Indeks Keterlibatan wajar dijalankan setiap dua tahun bagi membolehkan organisasi mempunyai lebih banyak masa untuk melaksanakan strategi penambahbaikan. 1.7 Justeru, kajian IKPA ini bertujuan mengenal pasti persepsi tahap keterlibatan pegawai dalam organisasi, selari dengan usaha JPA merangka, membangun dan melaksanakan pembaharuan sektor awam disamping memenuhi kemajuan kerjaya pegawai.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy