Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

100 f. Mengambil Tindakan 4.74. Tema Mengambil Tindakan merujuk kepada persepsi pegawai awam mengenai tindakan yang akan diambil oleh pegawai atasan mengenai keputusan kajian ini. Tema ini mencatatkan hubungan sederhana (0.65) dengan IKPA 2018. Sebanyak tiga soalan dikemukakan di bawah tema ini seperti berikut: 1. Saya percaya pegawai kanan dalam organisasi saya akan mengambil tindakan ke atas hasil keputusan kajian ini; 2. Saya percaya bahawa pengurus/pegawai penyelia di tempat kerja saya akan mengambil tindakan ke atas hasil keputusan kajian ini; dan 3. Di tempat kerja saya, saya rasa tindakan yang berkesan telah diambil ke atas keputusan kajian-kajian lain sebelum ini. 4.75. Dapatan kajian menunjukkan pegawai berpandangan positif bahawa agensi akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan kepada penemuan kajian ini. Ini dibuktikan dengan peningkatan nilai skor positif dengan julat antara 2.8% hingga 3.8% berbanding tahun 2015. Perincian pencapaian dan perbandingan skor bagi tema Mengambil Tindakan adalah seperti di Rajah 4.38 .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy