Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

98 e. Transformasi 4.73. Tema Transformasi merujuk kepada persepsi dan pemahaman pegawai awam terhadap dasar dan program pembaharuan bersifat inovatif dan kreatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan. Dengan nilai kekuatan 0.57, tema ini mencatatkan hubungan yang sederhana dengan IKPA 2018 dan tidak menunjukkan sebarang perubahan berbanding tahun 2015. Empat soalan dikemukakan di bawah tema ini iaitu: 1. Saya mengetahui dan memahami Pelan Transformasi Perkhidmatan Awam di Kementerian/Jabatan saya; 2. Keutamaan Pelan Transformasi Perkhidmatan Awam difahami dengan baik oleh semua warga Kementerian /Jabatan; 3. Usaha-usaha perancangan dan pemantauan yang baharu di bawah Pelan Transformasi Perkhidmatan Awam telah membantu perkembangan organisasi; dan 4. Usaha-usaha perancangan dan pemantauan yang baharu di bawah Pelan Transformasi Perkhidmatan Awam telah membantu meningkatkan tahap keterlibatan warga Kementerian / Jabatan. a. Tema Transformasi turut menunjukkan peningkatan nilai skor positif dengan julat antara 5.0% hingga 6.0% berbanding tahun 2015. Dapatan kajian menunjukkan pegawai awam memahami Pelan Transformasi yang diperkenalkan oleh Kerajaan dan dilaksanakan di setiap kementerian dan jabatan. Perincian pencapaian dan perbandingan skor bagi tema Transformasi adalah seperti di Rajah 4.37 .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy