Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

96 a. Gaji 4.71. Tema Gaji merujuk kepada persepsi pegawai awam terhadap gaji dan ganjaran yang diterima. Tema ini mencatatkan hubungan yang lemah dengan IKPA 2018 dengan nilai skor 0.45. Ini bermaksud gaji dan ganjaran memberi kesan yang lemah terhadap indeks keterlibatan. Terdapat tiga soalan yang dikemukakan dalam tema ini seperti berikut: 1. Saya merasakan gaji/imbuhan kewangan yang saya terima adalah bersesuaian dengan prestasi saya; 2. Saya berpuas hati dengan ganjaran menyeluruh yang ditawarkan; dan 3. Jika dibandingkan dengan mereka yang melakukan kerja yang sama dalam organisasi lain, saya merasakan gaji saya adalah munasabah. 4.72. Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, secara umumnya, pegawai lebih berpuas hati dengan gaji dan imbuhan kewangan yang diterima berbanding tahun 2015. Ini berdasarkan tiga soalan yang dikemukakan yang menunjukkan peningkatan sehingga 8.0% berbanding tahun 2015. Ini berkemungkinan kesan daripada penambahbaikan sistem gaji perkhidmatan awam bermula pada tahun 2016 seperti pelaksanaan bayaran gaji minimum, dasar penetapan gaji permulaan kenaikan pangkat dan bantuan khas kewangan. Pencapaian dan perbandingan nilai skor bagi setiap soalan adalah seperti di Rajah 4.36 .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy