Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

93 vi. Mengikut Generasi 4.65. Dapatan kajian mengikut generasi menunjukkan Generasi X merekodkan penurunan nilai skor positif bagi ketiga-tiga tema dengan julat antara 0.1% hingga 1.1%. Pencapaian ini berbeza bagi Generasi Y dan Baby Boomers yang menunjukkan peningkatan nilai skor positif berbanding tahun 2015. 4.66. Berdasarkan Rajah 4.34 tema Pembelajaran mencatatkan peningkatan nilai skor positif tertinggi bagi Generasi Y. Dapatan ini boleh diandaikan bahawa dasar latihan yang diperkenalkan oleh Kerajaan menepati kehendak Generasi Y. Walau bagaimanapun, penambahbaikan masih perlu diteruskan memandangkan pencapaian skor positif tahun 2018 adalah yang terendah berbanding dua generasi yang dinilai. Rajah 4.34: Pencapaian Dan Perbandingan Skor Positif Mengikut Generasi Tahun 2018 Dan 2015

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy