Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

2 DEFINISI 1.4 Kahn (1990) menjelaskan bahawa keterlibatan pegawai di dalam organisasi sebagai satu ekspresi tindakan secara fizikal, kognitif dan emosi oleh pegawai-pegawai dalam melaksanakan tanggungjawab mereka melebihi dari kebiasaan bagi menjayakan organisasi ke tahap prestasi yang cemerlang. 1.5 Kajian terdahulu sama ada di sektor awam atau swasta menunjukkan bahawa terdapat kesan positif hasil pelaksanaan peningkatan tahap keterlibatan pegawai dalam organisasi yang seperti berikut: a) Harvard Business Review (2013) menyatakan bahawa 71% responden menyatakan bahawa keterlibatan pegawai dalam organisasi merupakan kunci utama bagi kejayaan sesebuah organisasi; b) Peningkatan Pendapatan : Gallup (2016) dalam Gallup Q12® Meta- Analysis Report , menjelaskan bahawa penglibatan pekerja secara konsisten dapat memberi kesan kepada hasil prestasi utama, tanpa mengira industri atau syarikat. Kajian Gallup turut menunjukkan bahawa tahap keterlibatan yang tinggi di kalangan pekerja dapat menyumbang kepada peningkatan 10% dalam kesetiaan/keterlibatan pelanggan, 21% dalam keuntungan syarikat serta 20% bagi produktiviti syarikat; c) Kepuasan Hati Pelanggan: Satu kajian yang dijalankan oleh Temkin (2016) menunjukkan bahawa syarikat-syarikat yang cemerlang dalam pengurusan perkhidmatan pelanggannya, mencatatkan kadar keterlibatan pekerjanya 1.5 kali lebih tinggi berbanding dengan syarikat-syarikat yang lemah dalam pengurusan perkhidmatan pelanggannya; dan d) Produktiviti dan Prestasi: Kajian Gallup (2017) menunjukkan bahawa keterlibatan pekerja sangat penting untuk mewujudkan organisasi yang lebih produktif. Apabila pekerja dilibatkan, mereka lebih bersemangat menjalankan tugas, inovatif dan sentiasa konsisten dalam melaksanakan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy