Garis Panduan Perkongsian Data Jabatan Perkhidmatan Awam

8 Garis Panduan Perkongsian Data Jabatan Perkhidmatan Awam (b) Kaedah Permohonan (i) Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan data seperti di pautan berikut https://forms.gle/QHnTMd3LwUc1SyETA. (ii) Kategori permohonan data yang diterima adalah seperti berikut: (A) secara one-off (sekali sahaja); atau (B) berkala atau untuk suatu jangka masa yang tertentu. (iii) Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh disalurkan kepada Pasukan Penyelaras Perkongsian Data JPA melalui e-mel berikut pppdjpa@jpa.gov.my. (c) Pertimbangan Kelulusan (i) Pertimbangan kelulusan adalah berdasarkan prinsip Dasar Perkongsian Data Sektor Awam seperti yang dinyatakan di para 6 sebagaimana dalam garis panduan ini. (ii) Permohonan yang dipertimbangkan adalah tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Perkongsian Data dan mengikut kategori pemohon data seperti berikut: (A) Agensi Awam ▪ Pertimbangan kelulusan adalah untuk menyokong pembangunan dan pelaksanaan fungsi agensi awam bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang berkesan. Pada masa yang sama, perkongsian data ini bertujuan untuk mengelakkan duplikasi dalam pengumpulan data, mengekalkan kerahsiaan data penjawat awam dan pengekalan single source of truth. ▪ Permohonan yang diterima daripada agensi awam yang memohon data berkaitan agensinya, sebagai contoh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memohon data pengisian penjawat awam bagi Skim Perkhidmatan Pendidikan, permohonan diluluskan tanpa perlu melalui Mesyuarat Penyelarasan Perkongsian Data.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy