7 Garis Panduan Perkongsian Data Jabatan Perkhidmatan Awam (v) Kajian dan Penyelidikan Permohonan data untuk menjalankan kajian dan penyelidikan bagi menambah baik sosio-ekonomi dan kesejahteraan rakyat seperti kajian pasaran buruh. (vi) Latihan dan Pengujian Permohonan data untuk tujuan latihan dan pengujian sistem seperti pengujian tools dalam kajian. (vii) Penerbitan Permohonan data untuk menghasilkan bahan penerbitan umum termasuk media elektronik dan bukan elektronik seperti laporan, poster, buku dan artikel yang diterbitkan oleh agensi awam. PROSEDUR PERMOHONAN DATA 9. Prosedur permohonan data menjelaskan syarat-syarat permohonan, kaedah permohonan, pertimbangan kelulusan, tanggungjawab pemohon dan kaedah penyaluran data. (a) Syarat-Syarat Permohonan (i) Permohonan perlu mematuhi skop perkongsian data seperti di para 8. (ii) Permohonan juga tertakluk kepada syarat tambahan seperti berikut: (A) Data yang dimohon hanyalah untuk tujuan berkaitan dengan fungsi agensi pemohon atau keperluan projek/sistem aplikasi yang dibangunkan oleh pemohon data. (B) Permohonan yang melibatkan data sulit, pertimbangan kelulusan adalah tertakluk kepada Pengurusan Tertinggi JPA. (iii) Pemohon data daripada pihak swasta dan penyelidik perlu menyertakan surat sokongan daripada majikan atau institusi pendidikan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy