6 Garis Panduan Perkongsian Data Jabatan Perkhidmatan Awam (iv) Lain-lain Antaranya individu atau pihak yang tidak dinyatakan di para 8 (a) (i) (ii) (iii). Individu atau syarikat yang telah dilantik sebagai konsultan oleh agensi awam perlu mengemukakan permohonan data melalui agensi yang melantik. (b) Jenis data yang akan dipertimbang untuk kelulusan adalah data mentah dan data statistik. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu data akan dibekalkan mengikut kesesuaian yang diputuskan oleh pihak Pengurusan Tertinggi JPA. (c) Set data yang boleh dimohon adalah berkaitan dengan fungsi bahagian di JPA sahaja. Contohnya, data perkhidmatan, perjawatan dan penamatan perkhidmatan. (d) Kegunaan data yang dikongsi hendaklah bagi tujuan yang dibenarkan seperti di bawah: (i) Keperluan Pemegang Taruh (Stakeholders) Permohonan data yang diperlukan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pemegang taruh seperti menyediakan jawapan parlimen. (ii) Perancangan dan Pembuatan Keputusan Permohonan data untuk membantu pemegang taruh membuat keputusan atau merangka dasar-dasar baharu berdasarkan analisa dan kajian seperti membangunkan pekeliling perkhidmatan. (iii) Pemantauan Prestasi Permohonan data untuk melaksanakan proses pemantauan prestasi agensi seperti Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi Ketua Perkhidmatan. (iv) Kesinambungan Proses Bisnes (Business Process Continuity) Permohonan data untuk keperluan proses hujung-ke-hujung (end-toend) atau proses bisnes agensi.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy