Garis Panduan Perkongsian Data Jabatan Perkhidmatan Awam

5 Garis Panduan Perkongsian Data Jabatan Perkhidmatan Awam MATLAMAT PERKONGSIAN DATA 7. Matlamat perkongsian data JPA adalah seperti berikut: (a) Mengurangkan pertindihan usaha pengumpulan data yang dapat menjimatkan masa, tenaga dan kos pembangunan aplikasi perkhidmatan sektor awam; dan (b) Melonjakkan inovasi berpacukan data bagi memantapkan pelaksanaan penyampaian perkhidmatan ke arah merealisasikan perkhidmatan digital sektor awam yang bersepadu, inklusif, terangkum dan selamat. SKOP PERKONGSIAN DATA 8. Skop perkongsian data yang menjadi asas pertimbangan untuk kelulusan JPA merangkumi pemohon data, jenis data, set data dan kegunaan data. (a) Pemohon data terdiri daripada kumpulan sasar seperti berikut: (i) Agensi Awam Kementerian atau jabatan kerajaan di bawah Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan. (ii) Agensi Swasta Syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan organisasi swasta tempatan yang sah. (iii) Penyelidik Pelajar yang sedang menjalankan kajian atau penyelidikan di bawah seliaan institusi pendidikan awam dan swasta dalam negara.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy