Garis Panduan Perkongsian Data Jabatan Perkhidmatan Awam

4 Garis Panduan Perkongsian Data Jabatan Perkhidmatan Awam 5. MAMPU telah membangunkan Dasar Perkongsian Data Sektor Awam melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 2 Tahun 2021: Dasar Perkongsian Data Sektor Awam bagi mengukuhkan amalan perkongsian data dan menggalakkan pembudayaan berterusan dalam kalangan agensi sektor awam. 6. Prinsip-prinsip yang menjadi asas Garis Panduan ini adalah berpandukan PKPA Bilangan 2 Tahun 2021, Dasar Perkongsian Data Sektor Awam iaitu: (a) Perkongsian Data atas Keperluan dan Mendapat Persetujuan Perkongsian data ini hanya melibatkan data yang diluluskan oleh JPA mengikut prosedur yang ditetapkan bagi mengelakkan insiden kebocoran data dan memastikan perkongsian data dengan pihak yang sahih (credential/trusted). (b) Perkongsian Data Secara Selamat Data yang dikongsi perlu dijamin keselamatannya dan tidak boleh didedahkan kepada pihak yang tidak sepatutnya serta dilindungi daripada disalah guna, dicerobohi, digodam dan diserang virus. Pengendalian data rahsia rasmi dalam persekitaran ICT hendaklah mematuhi tatacara yang ditetapkan di dalam Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dan Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017). (c) Perkongsian Data Menambah Nilai kepada Perkhidmatan Awam, Rakyat dan Negara Data agensi perlu dimanfaatkan untuk mencipta nilai baharu dan memaksimumkan nilai data dari segi meningkatkan penyampaian perkhidmatan yang berkesan kepada rakyat untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, mengurangkan kadar jenayah, menyelamatkan nyawa dan apa-apa kegunaan lain yang memberikan manfaat kepada Perkhidmatan Awam, rakyat dan negara.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy