Garis Panduan Perkongsian Data Jabatan Perkhidmatan Awam

2 Garis Panduan Perkongsian Data Jabatan Perkhidmatan Awam TUJUAN 1. Garis Panduan ini menyediakan panduan perkongsian data yang bertujuan untuk memastikan kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan perkongsian data di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA). 2. Garis Panduan ini juga mengandungi prosedur permohonan data bagi memudahkan pengendalian permohonan data daripada pihak agensi awam dan agensi swasta serta penyelidik. TAKRIFAN 3. Bagi maksud pemakaian garis panduan ini: “Data berkelompok” merujuk kepada data yang diekstrak melalui sistem atau secara manual yang dikumpul dan disalurkan kepada pemohon melalui sistem atau secara manual dan disalurkan kepada pemohon secara pukal. “Data mentah” (data granular) merupakan elemen data yang belum diproses atau belum disesuaikan untuk kegunaan sistem komputer dalam bentuk data berkelompok atau data tunggal. Contohnya nama, nombor kad pengenalan, alamat dan lain-lain yang boleh dikongsi tertakluk kepada keputusan pihak atasan JPA. “Data statistik” (data agregat) merupakan data yang telah diolah dalam bentuk angka-angka atau bilangan, butir-butir (keterangan) yang ditunjukkan dengan angka dan perangkaan seperti jumlah pengisian dan kekosongan penjawat awam dan lain-lain yang boleh dikongsi tertakluk kepada keputusan pihak atasan JPA. “Data sulit” merujuk kepada dua (2) kategori iaitu data peribadi dan data yang mengandungi unsur‐unsur sensitif. Data peribadi mengandungi maklumat peribadi individu yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Data yang mengandungi unsur‐unsur sensitif adalah apa-apa data peribadi yang mengandungi maklumat tentang kesihatan fizikal atau mental

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy