Garis Panduan Pengurusan Intervensi Bersepadu

73 LAMPIRAN C3 PERAKUAN TERMAKLUM 1. Penilaian dan Intervensi Psikologi merupakan proses kerjasama dua hala antara anda dengan pegawai psikologi bagi membantu menyelesaikan isu-isu yang mengganggu kehidupan atau mencapai matlamat dalam kehidupan. Bagi memastikan sesi kaunseling menjadi lebih efektif, adalah penting untuk pegawai Sebagai individu yang mendapatkan perkhidmatan, pegawai hendaklah bersedia memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang proses kaunseling. 2. Jangka masa Sesi: Tempoh masa bagi satu sesi individu ialah selama 45 minit. Walau bagaimanapun, sesi boleh dijalankan sama ada lebih atau kurang dari tempoh tersebut bergantung kepada keperluan di antara kedua-dua belah pihak. 3. Kerahsiaan: Sebarang isu/maklumat yang dibincangkan dalam sesi psikoterapi ini adalah rahsia dan tidak akan didedahkan secara terperinci kepada mana-mana pihaktanpa persetujuan daripada pegawai, kecuali: a) Bagi kes rujukan, satu laporan ringkas akan dikemukakan kepada Ketua Jabatan yang merujuk; b) Keadaan yang didapati boleh mendatangkan bahaya dan kemudaratan kepada diri pegawai atau orang lain; c) Keadaan yang terbukti telah berlaku pelanggaran undang-undang, atau peraturan negara atau organisasi yang sedia ada seperti jenayah dan sebagaianya; dan d) Mahkamah meminta laporan untuk dilaporkan di bawah bidang kuasa mahkamah mestilah dipenuhi. 4. Konsultasi: Sebarang isu/maklumat yang diutarakan/ diperkatakan dalam sesi kaunseling ini berkemungkinan akan dibincangkan secara rahsia dengan Pegawai Psikologi/ Kaunselor Organisasi atau ahli profesional yang lain, tanpa mendedahkanidentiti anda. Ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan khidmat runding daripada ahli profesional yang lain. 5. Ujian Psikologi: Jika ujian psikologi digunakan, laporan ujian psikologi tidak boleh diguna pakai untuk tujuan selain daripada sesi kaunseling ini kecuali seperti perkara 3 di atas dan apabila mahkamah mengkehendaki. Saya telah membaca, memahami dan telah diberi peluang untuk bertanya mengenai polisi ini dengan Pegawai Psikologi saya. Dengan ini, saya bersetuju dengan perkara-perkara yangterkandung dan sedia bertanggungjawab terhadap apa jua implikasi dalam perakuan termaklum ini. ................................................. Tandatangan Pegawai Nama : Tarikh : K002

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy