Garis Panduan Pengurusan Intervensi Bersepadu

66 LAMPIRAN B6 SARINGAN GANGGUAN SPIRITUAL SPIRITUAL DISTURBANCE AWARENESS SCALE HARON (SDAS HARON) Langkah 1: Sila baca dan jawab soal selidik SDAS HARON. Langkah 2: Jumlahkan jawapan yang dibulatkan untuk mengetahui jumlah skor. Langkah 3: Isi skor di dalam Bahagian 2. BAHAGIAN 1 Sila baca kenyataan dan bulatkan jawapan (skala markah 0, 1, 2, 3) yang menggambarkan keadaananda SEBULAN yang lepas. Tidak ada jawapan yang betul atau salah. JANGAN guna terlalu banyakmasa untuk mana-mana kenyataan. Skala markah adalah seperti berikut: Simptom 0 1 2 3 1. Saya mengalami sukar tidur atau kerap terjaga pada waktu malam (pada jam yang tertentu) atau terasa seperti ditindih. 2. Saya merasa suatu pergerakan di bawah kulit pada waktu tertentuhingga mendatangkan rasa bimbang. 3. Saya gelisah dan tidak selesa bila mendengar bacaan ayat-ayat al-Quran, suara azan atau bacaan ruqyah. 4. Saya melihat terdapat kesan lebam atau cakaran dengan kesan seperti gigitan pada anggota tubuh badan tanpa sebab perubatan. 5. Bahan yang pelik keluar dari tubuh saya sama ada melalui muntah dan sebagainya seperti jarum, kaca, rambut atau paku. 6. Saya mengalami perubahan sikap dan perasaan yang mendadak secara tiba-tiba tanpa sebab munasabah seperti hilang semangat ataupemarah. 7. Saya mengalami mimpi buruk dan menakutkan (seperti dipatuk binatang berbisa atau jatuh dari tempat tinggi) atau mimpi pelikseperti menyusukan bayi. 8. Saya mengalami kerasukan sehingga tidak mampu mengawal diri. 9. Saya meninggalkan aktiviti spiritual dan keagamaan seperti solat (prayers). 10. Saya boleh melihat atau berkomunikasi dengan makhluk halus. 11. Saya mampu melakukan perkara yang luar biasa tanpa pernah mempelajarinya seperti ilmu silat, bercakap bahasa asing atau merawat.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy