Garis Panduan Pengurusan Intervensi Bersepadu

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi atas penghasilan Garis Panduan Pengurusan Intervensi Bersepadu. Pewujudan garis panduan ini adalah bertepatan dengan senario pada hari ini bagi membantu pengurusan sumber manusia menangani peningkatan kes kesihatan mental yang semakin mendadak sejajar dengan visi Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia 20212025 untuk menjadikan pengurusan psikologi sumber manusia lebih inklusif dan progresif ke arah memperkasakan kesejahteraan dan penyampaian perkhidmatan awam. Ia berupaya memacu komuniti penjawat awam agar lebih tangkas, cekap dan berdaya tahan (resilient), seperti yang dihasratkan oleh YAB Perdana Menteri melalui Aspirasi Keluarga Malaysia baru-baru ini. Bagi mencapai matlamat ini, kesejahteraan psikologi hendaklah menjadi tanggungjawab dan strategi utama dalam membangunkan sumber manusia yang seimbang secara holistik. Justeru, inisiatif dan keprihatinan JPA dalam menyediakan garis panduan ini dapat memantapkan peranan dan penglibatan pelbagai pihak di pengurusan sumber manusia secara profesional dan bersepadu untuk membantu penjawat awam melalui prosedur dan kaedah pelaksanaan yang telus dan sistematik agar dapat kembali sejahtera, kekal relevan dan kalis masa hadapan terhadap apa jua tuntutan semasa, isu dan cabaran mendatang. PERUTUSAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM Dato' Sri Mohd Shafiq Bin Abdullah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy