21 f) Lain-lain permasalahan yang menjejaskan prestasi kerja atau kehidupan seharian pegawai. (Sesi temu bual dan saringan boleh berlaku secara serentak atau berlainan masa). 4. Lengkapkan maklumat yang diperoleh daripada pertemuan pertama menggunakan Ringkasan Temu Bual Pertama (K003) (LAMPIRAN C4); Laporkan keputusan saringan menggunakan Laporan Ujian Psikologi (K006) (LAMPIRAN C8); dan Tentukan jenis intervensi yang sesuai sama ada:- a) Kaunseling/ Psikoterapi; b) Pengurusan Kesihatan; c) Pengurusan Keterhutangan; d) Pengurusan Psikologi; atau e) Intervensi yang bersesuaian/ Program berkaitan (rujuk Lampiran Ceraian PO.3.1.1 (F)). Pegawai Psikologi 5. Kendalikan perbincangan kes yang merangkumi:- a) Taklimat Pengurusan Intervensi Bersepadu; b) Bincangkan matlamat pelan intervensi pegawai berdasarkan keputusan saringan yang dijalankan mengikut keutamaan permasalahan; c) Sediakan senarai tugas hakiki yang relevan untuk mengukur pencapaian pegawai; dan d) Bincangkan persediaan di tempat kerja (contohnya: lantikan penyelia yang memantau pencapaian, fasiliti di tempat kerja dan lain- lain). Pegawai Psikologi Penyelia Penyelia & Pengurus Sumber Manusia
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy