14 ii. Pencapaian Tugasan Memastikan pegawai melaksanakan tugasan seperti yang ditetapkan dalam deskripsi tugas hakiki. iii. Log Harian Memastikan pegawai merekodkan setiap tugasan dalam log harian dan disahkan oleh Penyelia. e) Menyediakan laporan bulanan yang merangkumi maklumat seperti prestasi, kehadiran, cuti dan keakuran rawatan pegawai (LAMPIRAN D2); f) Menyediakan Laporan Naziran (LAMPIRAN C7) sekiranya lawatan naziran diadakan (jika perlu); g) Merancang dan mencadangkan pegawai untuk menghadiri program pembangunan potensi yang bersesuaian (jika perlu); h) Sekiranya pegawai didapati memerlukan tempoh pelanjutan untuk menjalani pemantauan, maka permohonan hendaklah dikemukakan kepada pihak Pengurus Sumber Manusia (LAMPIRAN C10); i) Sekiranya permohonan lanjutan dipersetujui, sesi pemantauan akan diteruskan berdasarkan kepada tempoh masa yang diluluskan; j) Sekiranya permohonan lanjutan tidak dipersetujui, sesi pemantauan akan ditamatkan dan laporan pemantauan hendaklah dikemukakan kepada pihak Pengurus Sumber Manusia; k) Sekiranya pegawai menunjukkan pengulangan simptom dan diperakukan untuk menjalani intervensi pengulangan simptom, penyelia hendaklah menjalankan pemantauan terhadap pencapaian prestasi kerja pegawai; dan l) Menyedia dan mengemukakan Laporan Pengurusan Relaps (LAMPIRAN C11) kepada Pengurus Sumber Manusia untuk tindakan selanjutnya. 13.2 Fasa 4 : Penilaian Kebergunaan Penyelia menyediakan laporan berhubung penghasilan kerja, pengetahuan dan kemahiran, kualiti peribadi, kegiatan dan sumbangan di luar tugasan rasmi, keakuran mendapatkan rawatan serta pengambilan ubat (jika berkaitan) dalam Laporan Akhir
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy