Garis Panduan Pengurusan Intervensi Bersepadu

9 yang bertukar kementerian atau perubahan rawatan atau pakar perubatan; dan e) Pegawai perlu dirujuk kepada Pegawai Psikologi di Kementerian/ Jabatan untuk pelaksanaan intervensi bagi agensi yang tidak mempunyai Pegawai Psikologi. 11.2 Fasa 3 : Intervensi dan Pemantauan a) Mengarahkan pegawai untuk mengemukakan salinan laporan perubatan kepada jabatan apabila dikehendaki. Kegagalan pegawai mengemukakan laporan perubatan boleh menyebabkan mereka dianggap sebagai ingkar perintah dan dikenakan tindakan tatatertib; b) Mencadangkan agar lawatan naziran pegawai di tempat kerja atau kediaman dilaksanakan bersama dengan penyelia dan Pegawai Psikologi (jika perlu); dan c) Menyediakan laporan naziran setelah mengambil kira laporan yang dikemukakan oleh penyelia dan Pegawai Psikologi. 11.3 Fasa 4 : Penilaian Kebergunaan a) Menerima laporan akhir pemantauan, intervensi dan bimbingan (jika berkaitan) daripada penyelia, pegawai psikologi dan pegawai AKRAB; b) Mendapatkan laporan penilaian penempatan daripada penyelia dan laporan tindakan susulan daripada pegawai psikologi setelah menjalani tempoh penempatan selama 3 bulan bagi menilai prestasi kerja pegawai; c) Merujuk semula pegawai yang menunjukkan pengulangan simptom (relaps) untuk menjalani pemantauan (penyelia) dan intervensi/rawatan perubatan bagi tempoh maksimum 3 bulan sahaja; d) Menyediakan Laporan Penilaian Kebergunaan Pegawai (LAMPIRAN E) berdasarkan maklumat laporan akhir yang diterima daripada pegawai yang terlibat dalam intervensi; e) Membuat keputusan penilaian kebergunaan dan mengambil tindakan yang sewajarnya; dan f) Dapatkan maklum balas daripada penyelia dan pegawai psikologi sebagai tindakan susulan bagi menilai prestasi terkini pegawai.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy