Garis Panduan Pengurusan Intervensi Bersepadu

6 PELAKSANAAN PENGURUSAN INTERVENSI BERSEPADU 9. Garis Panduan ini merangkumi 4 fasa, iaitu:- a) Fasa 1 : Kenal Pasti Proses mengenalpasti pegawai oleh Ketua Jabatan melalui Pengurus Sumber Manusia untuk dirujuk bagi mendapatkan intervensi psikologi yang disediakan oleh Pegawai Psikologi. (Rujuk Program Penilaian Pekerja dalam Ceraian PO.3.1.1 Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam). b) Fasa 2 : Saringan Proses menjalankan saringan oleh Pegawai Psikologi ke atas pegawai bagi mengenalpasti permasalahan sebelum menetapkan matlamat dan pelan intervensi yang sesuai. Walau bagaimanapun, pentadbiran saringan boleh dibantu oleh Penolong Pegawai Psikologi di bawah seliaan Pegawai Psikologi. c) Fasa 3 : Intervensi dan Pemantauan Proses menjalankan konsultasi kes, intervensi psikologi dan pemantauan yang dijalankan oleh Pegawai Psikologi dan Penyelia kepada pegawai bagi mencapai matlamat intervensi. Lanjutan tempoh intervensi bersepadu dari 1 bulan ke 3 bulan boleh dipohon jika diperlukan. d) Fasa 4 : Penilaian Kebergunaan Proses menyediakan laporan akhir pemantuan disediakan oleh penyelia, manakala laporan intervensi disediakan oleh Pegawai Psikologi. Keduadua laporan ini dikemukakan kepada Pengurus Sumber Manusia bagi tujuan penilaian kebergunaan dan tindakan yang bersesuaian. Secara umumnya, prosedur pengurusan intervensi bersepadu adalah seperti di Rajah 1.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy