Garis Panduan Pengoperasian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA)

I PRAKATA Garis Panduan Pengoperasian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) 2025 merupakan langkah strategik Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam memperkukuh keupayaan institusi demi mendepani cabaran masa hadapan (Future Ready Civil Service). Transformasi daripada Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam (DLSA) kepada Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam (DPBPA) ini menekankan peranan ILA sebagai tonggak utama pengurusan prestasi berasaskan kompetensi. Garis panduan ini memperkenalkan klasifikasi ILA kepada enam (6) tahap kematangan merangkumi 14 fungsi utama. Melalui kerangka ini, Kementerian dan Jabatan dapat menilai keupayaan semasa serta merangka pelan tindakan yang lebih optimum bagi memacu kecemerlangan organisasi masing-masing. Hasrat utama dokumen ini adalah untuk membimbing ILA bertransformasi menjadi Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence - CoE) dalam bidang pengkhususan masing-masing. Usaha reformasi ini bukan sahaja bertujuan melonjakkan keberkesanan pembangunan bakat, malah berupaya meminimumkan pertindihan fungsi serta mengurangkan kebergantungan kepada kepakaran luar. Semoga garis panduan ini menjadi rujukan berkesan dalam melahirkan perkhidmatan awam yang lebih berwibawa. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy