Garis Panduan Pengoperasian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA)
6 12. Sebanyak 14 fungsi ILA telah dikenal pasti dan senarainya adalah seperti pada Jadual 1: Jadual 1: Senarai dan Keterangan Fungsi ILA BIL. FUNGSI KETERANGAN 1. Pusat Fasiliti Menyediakan infrastruktur dan kemudahan untuk peserta kursus. 2. Penawaran Kursus Kompetensi Fungsian Menawarkan kursus untuk fungsi kerja yang spesifik selari dengan Kamus Kompetensi Fungsian (KKF) mengikut skim perkhidmatan. 3. Penawaran Kursus Kompetensi Generik Menawarkan kursus mengenai kemahiran dan pengetahuan umum yang diperlukan. 4. Pusat Tanggungjawab (PTJ) Melaksanakan peranan bagi semua aktiviti pengurusan bajet dan kewangan (terimaan dan pembayaran). 5. Penerbitan Menerbitkan buletin, buku, jurnal, artikel ilmiah dan lain-lain bahan rujukan serta pengajaran. 6. Penyelidikan Melaksanakan aktiviti penyelidikan sama ada dalam bidang fungsian, generik atau yang berkaitan. 7. Konsultasi/Khidmat Rundingan Menawarkan bimbingan, panduan, khidmat rundingan termasuk sesi libat urus bagi bidang pengkhususan dan kepakaran.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy