SOALAN LAZIM (FAQ) BAGI MODUL HRMIS & ASSIST
Apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku ralat semasa instalasi? Kebiasaannya, instalasi tidak berjaya diteruskan disebabkan oleh: i) Sistem operasi yang digunakan adalah kurang daripada Microsoft Windows 8; ii) Fail Microsoft.Net yang terdapat didalam sistem operasi mempunyai versi yang kurang daripada 4.6.2 Sila pastikan sistem operasi yang digunakan ialah Microsoft Windows 8 dan ke atas. Juga sila pastikan versi Microsoft.Net yang terdapat di dalam sistem operasi anda ialah 4.6.2 dan ke atas. Instalasi telah berjaya namun masih tidak dapat membuat capaian ke server ASSIST. Mengapa? Mungkin terdapat masalah pada rangkaian di jabatan/agensi. Port 1300 dan 1301 pada rangkaian perlu dibuka bagi membolehkan interaksi dengan server ASSIST. Sila semak dengan pentadbir rangkaian di jabatan/agensi. Jika masih bermasalah, agensi boleh menghubungi meja bantuan JPA melalui aplikasi Sistem Pengurusan Meja Bantuan (https://spmb.jpa.gov.my/) . 6 SOALAN LAZIM SISTEM ANALITIK SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM (ASSIST)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy