SOALAN LAZIM (FAQ) BAGI MODUL HRMIS & ASSIST
Bolehkah pegawai dari Agensi A melihat maklumat Agensi B? Tidak boleh. Kecuali agensi induk (contohnya Kementerian, Pentadbiran Kerajaan Negeri) boleh melihat maklumat agensi di bawah seliaannya. Adakah Ketua Perkhidmatan boleh melihat maklumat pegawai skim perkhidmatan berkenaan yang telah ditempatkan di agensi-agensi lain secara kader? Boleh. Namun, agensi tersebut perlu mendapatkan ID Pengguna ASSIST tambahan di mana ID tersebut akan diberikan capaian untuk melihat maklumat pegawai berdasarkan skim perkhidmatan di agensi lain. Adakah instalasi aplikasi tertentu diperlukan untuk menggunakan ASSIST? Ya. Pengguna perlu terlebih dahulu membuat instalasi Targit Versi 2017. Bolehkah dashboard yang telah dibangunkan disimpan di komputer sendiri? Secara tetapan asal, dashboard yang dihasilkan akan disimpan di dalam folder pengguna di server. Namun, pengguna mempunyai pilihan untuk menyimpannya di komputer sendiri dengan memilih pautan “or save to file location” di kekotak Save Document. 5 SOALAN LAZIM SISTEM ANALITIK SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM (ASSIST)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy