SOALAN LAZIM (FAQ) BAGI MODUL HRMIS & ASSIST
Adakah maklumat yang dijana daripada ASSIST merupakan data real time ? Tidak. Data daripada HRMIS perlu melalui proses penyelenggaraan data di data warehouse sebelum boleh dijana di ASSIST. Bolehkah dashboard dieksport kepada fail format lain seperti Powerpoint atau Excel? Boleh. Paparan dashboard boleh dieksport ke fail berformat MS Powerpoint atau imej (PNG). Bagi data berbentuk table ianya boleh dieksport ke fail MS Excel. Adakah laporan yang dijana melalui ASSIST boleh diperincikan kepada senarai pegawai atau maklumat individu? ASSIST menyediakan laporan bersifat strategik dalam bentuk statistik. Walau bagaimanapun, terdapat juga laporan yang boleh diperincikan sehingga ke senarai pegawai atau maklumat individu. Selain itu, agensi juga boleh mencadangkan keperluan laporan yang baharu untuk dibangunkan di dalam ASSIST. 4 SOALAN LAZIM SISTEM ANALITIK SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM (ASSIST)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy