SOALAN LAZIM (FAQ) BAGI MODUL HRMIS & ASSIST

Apakah itu ASSIST? ASSIST merupakan sistem Kepintaran Bisness (Business Intelligence) yang menyediakan kemudahan untuk menganalisa data dan menjana laporan berkaitan maklumat sumber manusia Sektor Awam. Apakah hubung kait di antara ASSIST dengan HRMIS? ASSIST menggunakan data HRMIS sebagai sumber data utama. Bolehkah agensi memohon untuk mendapatkan lesen pengguna ASSIST daripada JPA? Boleh. Agensi boleh memohon lesen pengguna ASSIST dan permohonan akan dipertimbangkan berdasarkan bilangan perjawatan dan keperluan sesebuah agensi termasuk bilangan lesen yang akan diluluskan. Adakah latihan akan diberikan kepada pengguna ASSIST di agensi? Ya. Latihan akan diberikan kepada pengguna ASSIST di agensi melalui siri-siri latihan ASSIST yang akan diadakan sepanjang tahun oleh JPA atau kementerian. 3 SOALAN LAZIM SISTEM ANALITIK SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM (ASSIST)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy