SOALAN LAZIM (FAQ) BAGI MODUL HRMIS & ASSIST
MAKLUMAT UMUM GELARAN JAWATAN KETUA PERKHIDMATAN RINGKASAN GELARAN JAWATAN KEDUDUKAN DI WARAN PERJAWATAN GRED JAWATAN BIDANG UTAMA GRED JD SUB-BIDANG STATUS JAWATAN DISEDIAKAN OLEH HIRARKI 1(BAHAGIAN) DISEMAK OLEH HIRARKI 2 (CAWANGAN/SEKTOR/UNIT) DILULUSKAN OLEH SKIM PERKHIDMATAN TARIKH DOKUMEN TUJUAN PEWUJUDAN JAWATAN AKAUNTABILITI TUGAS UTAMA DIMENSI KELAYAKAN AKADEMIK/IKHTISAS KOMPETENSI PENGALAMAN 9 T A T A C A R A P E N Y E D I A A N Menerangkan keperluan / justifikasi sesuatu jawatan secara umum dalam satu kenyataan yang merangkumi keseluruhan akauntabiliti . Tujuan pewujudan jawatan juga boleh dikenal pasti dengan merujuk kepada carta organisasi dan carta fungsi sesebuah agensi. Akauntabilti merupakan tanggungjawab utama dalam sesuatu tugas yang dilaksanakan dan dapat memberikan hasil bagi mencapai tujuan pewujudan sesuatu jawatan Tugas utama merujuk kepada senarai tugas utama yang dikenal pasti dapat mencapai akauntabiliti yang ditetapkan. Perbezaaan Tugas Utama dan Akauntabiliti ditunjukkan seperti Jadual di bawah. Dimensi merujuk kepada parameter/ skala dan bilangan skop fungsi tugas bagi sesuatu jawatan. Parameter/ skala dan kuantiti spesifik kepada jawatan yang berkenaan sahaja dan berdasarkan skala penentuan di bawah seliaan jawatan berkaitan sahaja. Kelayakan akademik merujuk kepada kelayakan minimum yang diperlukan oleh pegawai untuk menyandang sesuatu jawatan seperti yang diperuntukkan dalam syarat- syarat lantikan skim perkhidmatan . Ikhtisas merujuk kepada kelayakan tambahan yang diperuntukkan kepada skim-skim perkhidmatan tertentu. (Cth: Akauntan – Malaysian Association of Certified Public Accountants ) Kemahiran/ Kriteria individu merujuk kepada kemahiran/ kriteria yang diperlukan oleh pegawai untuk menyandang sesuatu jawatan. Bagi jawatan-jawatan berbentuk perkhidmatan gunasama, kader, terbuka dan peminjaman/ pertukaran sementara atau mana-mana jawatan yang difikirkan sesuai oleh Ketua Jabatan dan/ atau Ketua Perkhidmatan , kriteria pengalaman dan kriteria individu yang dibangunkan dalam Deskripsi Tugas tidak menghalang mana-mana penyandang yang kurang memenuhi kriteria untuk ditempatkan di jawatan tersebut . Pengalaman merupakan tempoh minimum yang diperlukan bagi melaksanakan fungsi di jawatan tersebut. Tempoh pengalaman hendaklah realistik dengan gred sesuatu jawatan, bukan merujuk kepada tempoh perkhidmatan penyandang sedia ada.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy