DGCCR Sektor Awam

Ini adalah selaras dengan cadangan pelaksanaan Digital Government Competency Development (DGCD) iaitu satu pusat pembelajaran yang berfungsi untuk membangunkan kompetensi digital pegawai awam dengan mengambil kira perkembangan teknologi dan persekitaran semasa serta keperluan aplikasi digital dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. DGCD juga merupakan satu pendekatan berstruktur serta menyeluruh bagi penyediaan, pembangunan dan pengurusan bakat yang lengkap serta menyokong pengoperasian Kerajaan Digital. Untuk rantaian ke hadapan, beberapa program telah diserahkan kepada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) untuk dilaksanakan mulai tahun 2021. Program-program berkenaan adalah seperti DGCCR Leaders, DGCCR Certified Trainers (CT), DGCCR Learning Modules (OC & IC), dan DGCCR Online Learning .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy