64 65 Sepanjang empat dekad terjalinnya ikatan erat di antara negara Malaysia dan Jepun di bawah payung Dasar Pandang ke Timur, banyak program latihan dan penajaan bagi membangunkan modal insan telah dilaksanakan. Program latihan dan penajaan ini sentiasa berevolusi bagi memenuhi keperluan modal insan negara semasa. Selari dengan keperluan semasa, YAB Perdana Menteri pada 12 Jun 2018 sempena Malaysia-Japan Summit Meeting bersama Perdana Menteri Jepun, telah membincangkan usaha-usaha kerjasama dua hala yang lebih ke hadapan dalam bidang pendidikan antaranya untuk memperkasa DPT dan meningkatkannya ke tahap yang baharu dengan mempergiatkan usaha pembangunan modal insan melalui penajaan dan latihan serta pendidikan. Selain itu, YAB Perdana Menteri berhasrat meningkatkan pendidikan bahasa Jepun serta menerima program pertukaran pelajar dan pelatih untuk pembangunan sumber manusia yang sentiasa berkembang dalam semua bidang di masa depan. Lawatan Rasmi YAB Perdana Menteri pada 6 hingga 9 Ogos 2018 telah membuka ruang jalinan kerjasama khususnya dalam bidang pendidikan melalui inisiatif meliputi pembukaan cawangan Universiti Jepun di Malaysia, menggalakkan untuk rakyat Malaysia bekerja di Jepun bagi tujuan penyerapan budaya Jepun dan penawaran biasiswa ke Jepun. Lawatan kerja susulan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ke negara Jepun pada 14 Oktober hingga 21 Oktober 2018 telah melihat beberapa perkara untuk diteroka dan perlu dilaksanakan selaras dengan hasrat Kerajaan seperti berikut: PENAJAAN PENDIDIKAN BIDANG PENGAJIAN PENANGGUHAN KONTRAK Membuka peluang penajaan pendidikan dan latihan kepada penjawat awam melalui program khas kursus jangka pendek dan kursus jangka panjang Menambah kuota penajaan di peringkat ijazah pertama dan ijazah lanjutan dalam bidang selain Sains dan Teknologi dan Kejuruteraan di Jepun. Membuka peluang penajaan pendidikan dan latihan kepada penjawat awam melalui program khas kursus jangka pendek dan kursus jangka panjang Pengenalan Sokongan kesinambungan DPT
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy