54 55 Latar Belakang YBhg. Dato’ Hj. Zulkfili bin Hj. Abd. Malek melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang Ekonomi dan Perdagangan di Universiti Hitotsubashi, Jepun yang merupakan Business School yang terbaik di Jepun. Apakah nilai-nilai positif / amalan mulia yang dipelajari daripada masyarakat Jepun dan masih tersemat di jiwa YBhg. Dato’ sehingga saat ini? Konsep ‘mizukara’ iaitu bangkit buat tanpa disuruh merupakan salah satu nilai positif yang dapat dilihat melalui disiplin yang tinggi dalam kalangan orang Jepun; sebagai contoh, mereka akan segera mengutip sampah yang dijumpai di jalan tanpa disuruh. Bagi masyarakat Jepun, etika adalah asas kepada segala-galanya. Dengan etika yang betul, seseorang boleh mencapai kejayaan. Perkara ini turut berkait dengan konsep ‘harakiri’ iaitu take the honor, yang diamalkan oleh Samurai Jepun apabila mendapat malu atau dihukum mati. Ini menekankan kepentingan seseorang mengambil tanggungjawab / akauntabiliti untuk perkara yang dilakukan atau tindakan yang diambil. Orang Jepun amat berdisiplin dan mematuhi waktu yang ditetapkan. Mereka juga bersedia untuk menerima silang budaya (cross culture) apabila menghormati rakyat Malaysia yang beragama Islam mengerjakan solat, dan tidak meminum alkohol. Apabila mereka memahami perbezaan budaya dan agama ini, dan juga setelah mereka mengenali sifat peribadi, kepercayaan terbina dan ukhwah semakin erat, sehingga kita dianggap sebagai sebahagian daripada ahli keluarga mereka. Kepercayaan ini semakin terbina apabila saya diundang sebagai ahli lembaga pengarah dan rakan perniagaan oleh syarikat-syarikat Jepun. Pada pandangan YBhg. Dato’, sejauh manakah keberhasilan dan manfaat daripada DPT kepada negara? Negara kita telah mendapat manfaat daripada pelaksanaan DPT, dan pelaksanaan dasar ini dapat membawa keberhasilan yang lebih besar sekiranya diusahakan secara berterusan, dengan kerjasama semua pihak terlibat. Sebagai contoh, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Selangor telah memeterai Memorandum of Understanding (MoU) on Friendship City dengan Hioki City, Kagoshima, Jepun sebagai ‘bandar berkembar’ ke arah usaha pengurusan sampah yang lebih efisien. Pengurusan sampah melibatkan kos yang tinggi dan terdapat amalan terbaik yang dapat dipelajari daripada Negara Jepun dalam perkara ini. “Saya ingin menyeru semua untuk sematkan di dalam hati konsep membalas budi. Konsep ini dan niat untuk membalas budi perlu ada dalam diri setiap individu dalam apa cara sekalipun, dan ini tidak terhad kepada sekadar membayar cukai. Seperti yang pernah dinyatakan oleh mentor saya, YM Prof. Diraja Ungku Aziz, “Jadilah insan yang membalas budi, sekurang-kurangnya mengenang budi.” YBhg Dato’ Hj. Zulkifli Bin Hj. Abd. Malek Pengerusi Pusat Bahasa Teikyo
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy