52 53 Sejauh manakah kesediaan dan keupayaan pemain industri di Malaysia menyambut dan menawarkan peluang pekerjaan kepada graduan tajaan dari negara Jepun? Pemain-pemain industri di Malaysia sentiasa bersedia untuk menjalinkan kerjasama strategik, membuka ruang perdagangan dan pekerjaan kepada syarikat seperti Kawasaki, Sony dan Fujitsu. Diharapkan keadaan kembali pulih dan menjadi lebih baik setelah tamat Covid-19. Pada pandangan YBhg. Dato’ Dr., adakah penajaan dan latihan berdasarkan DPT masih kekal relevan dan wajar diteruskan pada masa-masa yang akan datang? Pada pandangan saya, penajaan dan latihan di bawah DPT 200 peratus wajar diteruskan dengan mengekalkan dasar sedia ada dan mengubah kaedah sesuai dengan situasi semasa. Penumpuan fokus penajaan perlu lebih kepada bidang TVET dan pendidikan melalui On Job Training (OJT) agar sesuai dengan keperluan negara. Apakah bidang-bidang kerjasama strategik baharu dan kesinambungan program-program penajaan/latihan dalam perkhidmatan DPT yang bermanfaat untuk negara kita seiring dengan era IR 4.0? Bidang-bidang strategik dan baharu selaras dengan penajaan dan latihan dalam Dasar Pandang ke Timur seiring dengan era Revolusi Perindustrian Ke-4 seperti kejuruteraan pertanian, industri berat, teknologi peralatan automotif dan penerbangan (aviation).
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy