DASAR PANDANG KE TIMUR "Legasi Kecemerlangan Empat Dekad"

50 51 Latar Belakang YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak pada 6 Julai 1962 dan mendapat ijazah pertama dalam bidang Geografi dan Sarjana dalam bidang Alam Sekitar dan Sumber Alam daripada Universiti Malaya. YBhg. Dato’ Dr. seterusnya melanjutkan pengajian di peringkat PhD dalam bidang Landscape Ecology (Science of Civil Engineering) di Universiti of Hiroshima pada tahun 2000. Apakah nilai-nilai positif/amalan mulia yang dipelajari daripada masyarakat Jepun dan masih tersemat di jiwa Dato’ Dr. sehingga saat ini? Berdasarkan pendedahan kepada kebudayaan Jepun, budaya masyarakat Jepun adalah yang terbaik dan paling hampir dengan budaya Malaysia. Budaya Jepun sangat kaya dengan sejarah dan pengurusan rekod melibatkan dokumen, fail, faksimili, peta dan sebagainya disimpan dengan sangat cermat. Pengurusan rekod yang teliti ini merupakan satu usaha yang wajar dicontohi agar sejarah negara disimpan rapi dan dapat diakses oleh generasi muda supaya jati diri mereka tidak hilang ditelan zaman. Pada pandangan YBhg. Dato’ Dr., sejauh manakah keberhasilan dan manfaat daripada DPT kepada negara? Budaya Jepun sememangnya penuh dengan fakta, idea, konsep dan prinsip yang bagus. Walau bagaimanapun, tidak semuanya mampu dilaksanakan oleh masyarakat Jepun itu sendiri. Dari tahun ke tahun, Jepun melalui syarikat dan kerjasama strategik telah meningkatkan ekonomi Malaysia. Jepun secara langsung telah membantu Malaysia meningkatkan keupayaan kewangan, teknologi dan ekonomi seterusnya meningkatkan aliran tunai dalam negara. Perkembangan dan pendedahan terhadap industri halal telah menarik minat dan mendapat kepercayaan Jepun untuk bersama-sama Malaysia mempelopori peluang pelaburan dan penyediaan produk-produk halal ke Jepun dan ke negara-negara lain. “Berani menyatakan kebenaran dalam tugasan, ikhlas dan benar” YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy