DASAR PANDANG KE TIMUR "Legasi Kecemerlangan Empat Dekad"

46 47 Latar Belakang YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Gazali bin Abas dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 3 Mei 1963 dan mendapat mendapat ijazah pertama dalam bidang Ekonomi Pembangunan Luar Bandar daripada Universiti Malaya. YBhg. Prof. Datuk Dr. seterusnya melanjutkan pengajian dalam MBA in Finance di University of Nottingham dan seterusnya PhD dalam bidang Global Information and Telecomunication Studies (Economics) dari Waseda University, Jepun. Apakah nilai-nilai positif/ amalan mulia yang dipelajari daripada masyarakat Jepun dan masih tersemat di jiwa YBhg. Prof. Datuk Dr. sehingga saat ini? Nilai-nilai positif dan amalan mulia yang dipelajari daripada masyarakat Jepun yang masih tersemat di jiwa adalah pemikiran rakyatnya yang berada pada kelas pertama. Jepun merupakan negara maju yang mempunyai infrastruktur yang sangat mantap yang selari dengan tingkah laku dan gaya hidup rakyatnya yang sangat tertib dan beradab tinggi. Pengalaman berurusan dengan pentadbiran sekolah dan pihak berkuasa tempatan (local government), mereka sangat mengutamakan dan mengalu-alukan kehadiran pelanggan tanpa mengira latar belakang negara dan agama. Sebagai contoh, semasa hari pendaftaran pelajar, pihak sekolah telah melantik penterjemah untuk memberikan penerangan yang lebih baik tentang selok-belok sekolah. Murid Tahun 1 mengalu-alukan kedatangan dengan ucapan “Selamat Datang Encik Mohd Gazali bin Abas” di samping melekatkan Bendera Malaysia yang dilukis di dinding bilik darjah. Suasana ini memberikan keselesaan dan menggambarkan penerimaan mereka terhadap kehadiran orang luar. Masyarakat Jepun juga amat menitik beratkan aspek kebersihan. Sepanjang keberadaan saya di negara Jepun, saya dapati bahawa tandas-tandas awam dan di sekolah amat bersih dan tidak berbau. Nilai menjaga kebersihan ini telah dipupuk sejak dari kanakkanak dan dibudayakan oleh kesemua orang. Selain itu, pengurusan dengan pejabat Kerajaan sangat sistematik sehingga saiz kertas yang spesifik dinyatakan bagi dokumen-dokumen yang ingin difotokopi dan hari pengambilan dan penghantaran borang untuk berurusan dengan pejabat Kerajaan juga telah ditetapkan. Budaya ini diamalkan bagi mengurangkan pembaziran sumber dan juga menjimatkan masa. “Perkayakan pandangan global, cara bertindak dan menyampaikan perkhidmatan sebagai seorang penjawat awam agar dapat menyumbang kepada kemajuan negara” YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Gazali bin Abas Professor Ikhtisas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy