DASAR PANDANG KE TIMUR "Legasi Kecemerlangan Empat Dekad"

40 41 Ketiga, negara Jepun gemar mempromosi negaranya kepada rakyat dari negara luar menerusi pendidikan, termasuklah mempromosikan perkhidmatan awam mereka. Ini dilakukan dengan cara menaja birokrat-birokrat dari negara luar untuk belajar di negara Jepun melalui tajaan biasiswa negara Jepun termasuklah menyediakan tempat tinggal (asrama) kepada mereka. Ini merupakan antara ciri-ciri negara maju yang mana Jepun menjadikan negara mereka sebagai hub pendidikan supaya pendidikan, sistem dan polisi mereka dikenali oleh orang luar dan kita boleh belajar dari mereka. Pada pandangan YBhg. Tan Sri, sejauh manakah keberhasilan dan manfaat daripada DPT kepada negara? Kita akan dapat menyaksikan perubahan yang besar sekiranya programprogram penajaan DPT khususnya bagi pegawai-pegawai awam dilaksanakan dengan lebih meluas. Melalui cara ini, pegawai-pegawai boleh menjadi ambassador kepada cara hidup (culture) yang baik yang diamalkan rakyat Jepun. Dalam konteks perkhidmatan awam, pelaksanaan program penajaan DPT telah berjaya melahirkan pemimpin-pemimpin perkhidmatan awam yang hebat seperti YBhg. Dato’ Sri Mohd Shafiq Abdullah (KPPA), YBhg. Tan Sri Mohd Khairul Adib bin Abd Rahman (mantan KPPA), dan lain-lain. Kerajaan harus memikirkan kaedah transfer of culture untuk membolehkan pegawai-pegawai yang dihantar berkursus di Jepun/ Korea, apabila pulang ke Malaysia mereka dapat mempromosi atau berkongsi perkara-perkara baik yang diperolehi di sana, dengan rakyat Malaysia. Kemungkinan boleh dibuat melalui penerbitan, seminar berterusan, sesi perkongsian dan lain-lain kaedah yang sesuai. Sejauh manakah kesediaan dan keupayaan pemain industri di Malaysia menyambut dan menawarkan peluang pekerjaan kepada graduan tajaan dari negara Jepun? Saya tidak mempunyai maklumat yang cukup mengenai ini. Namun, jika mengambil kira batch saya yang dihantar ke Jepun semasa itu (1996-1998), semuanya (kecuali penjawat awam) telah berjaya memasuki industri, dengan kata mudah, sangat laris. Ini menunjukkan pada masa itu, rakyat yang dihantar berkursus ke Jepun mempunyai peluang kebolehpasaran yang sangat tinggi. Pihak industri juga sangat menantikan graduan yang belajar di Jepun untuk diambil bekerja bersama industri. Pihak industri sangat bersedia untuk menerima graduan untuk bekerja dengan mereka. Pada pandangan YBhg. Tan Sri, adakah penajaan dan latihan berdasarkan DPT masih kekal relevan dan wajar diteruskan pada masa-masa yang akan datang? Penajaan dan latihan berdasarkan DPT masih relevan. Idea DPT adalah untuk mempelajari, memberi apresiasi dan mengaplikasi nilai-nilai yang baik yang dipelajari. Selagi kita tidak memaksimumkan pembelajaran itu, selagi itu kita perlu terus belajar, dan selagi itulah DPT kekal relevan. Apa yang penting adalah menyemai budaya kerja yang baik di kalangan rakyat negara kita. Contohnya, orang Jepun akan berasa malu kalau balik kerja awal. Jadi kita boleh ambil ini sebagai contoh yang baik, kerja kuat untuk mencapai objektif organisasi. Apabila kita mempunyai budaya yang baik, perkara-perkara lain akan bergerak seiring. Tidak ada gunanya melabur dalam infrastruktur dan teknologi yang hebat-hebat sekiranya nilai kemanusiaan dalam diri masih rendah. Jadi, antara yang penting dan akan terus kekal relevan adalah usaha-usaha untuk menyemai budaya yang betul kepada rakyat dengan tingkah laku yang baik serta integriti yang tinggi. Apakah bidang-bidang kerjasama strategik baharu dan kesinambungan program-program penajaan/latihan dalam perkhidmatan DPT yang bermanfaat untuk negara kita seiring dengan era IR 4.0? Bidang-bidang kerjasama strategik baharu yang perlu diterokai adalah berkaitan pendigitalan. Bukan sekadar digital dari segi perkhidmatan sahaja, malah perlu melibatkan pertanian, perniagaan dari rumah dan lain-lain. Selain itu, bidang pengangkutan boleh dilihat sebagai bidang kerjasama strategik yang baharu kerana Jepun sangat-sangat efisien dalam aspek pengangkutan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy